1 / 3
25 September 2018-YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg. Datuk Dr Aminar Rashid Salleh di Pejabat Menteri Kewangan untuk menyerahkan cek berjumlah RM1,100,000.00 untuk Tabung Harapan Malaysia.
2 / 3
25 September 2018 - YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia menerima kunjungan hormat yang diketuai oleh pengasas dan pengerusi bersama Kohlberg Kravis Roberts, Mr Henry Kravis bagi pertukaran pandangan mengenai perkembangan ekonomi, perniagaan dan rancangan pelaburan di Malaysia dan rantau Asia. KKR merupakan firma ekuiti pelaburan dan firma persendirian dengan aset bernilai USD190 bilion.
3 / 3
25 September 2018 - Sidang Media YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia bersama YB M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia mengenai isu-isu semasa telah diadakan di Aras 12, Kompleks Kementerian Kewangan. Turut hadir sama YBhg. Dato' Sri Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia dan Encik Abu Hassan Alshari Yahaya, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.