30 Disember 2019
YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah menyampaikan ucaptama bagi Majlis Penutup Festival LIFT Putrajaya 2019 yang turut dihadiri YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan YBrs. Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Encik Aznan Abdul Aziz di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.
Sebelum itu telah berlangsung Forum Fintech bersempena dengan Festival LIFT Putrajaya 2019 yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Puan Surina Shukri bersama para panel daripada syarikat Ficus Venture Capital, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Suruhanjaya Sekuriti. Manakala sesi 'Tech Talk' telah dikendalikan oleh Presiden AirAsia Group (RedBeat Ventures), Puan Aireen Omar dan segmen ‘Malaysian Story’ oleh Syarikat Money Match Sdn Bhd, GoGet Malaysia dan Soft Space Sdn. Bhd.