10 September 2019
YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah merasmikan pembukaan ibu pejabat korporat Prudential,
Menara Prudential bertempat di Tun Razak Exchange (TRX).
Dibangunkan oleh IJM Corporation Bhd, Menara Prudential tersebut menempatkan lebih 2,000 pekerja dari perniagaan insurans hayatnya,
Prudential Assurance Malaysia Bhd; perniagaan takaful usaha sama, Prudential BSN Takaful Bhd; operasi pengurusan aset,
Eastspring Investments Bhd dan Eastspring Al-Wara’ Investments Bhd; hab perkhidmatan perkongsian, Prudential Services Asia,
dan cawangan runcit untuk pelanggan walk-in.