29 Januari 2019
Dana Rumah Mampu Milik dan Portal Rumahku telah dilancarkan oleh YB Menteri Kewangan,Tuan Lim Guan Eng di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.Majlis pelancaran ini dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan turut disertai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dana Rumah Mampu Milik BNM merupakan inisiatif berjumlah RM1 bilion bagi membantu warganegara Malaysia yang mempunyai isi pendapatan rumah tidak lebih dari RM2,300 dan tiada rekod pembayaran terjejas untuk tempoh 12 bulan kebelakang, layak memohon untuk membeli kediaman yang berharga RM150,000 ke bawah samada di Ambank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.