KUNJUNGAN MENTERI KANAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI) & MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)

05 April 2020

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan YB Dato’ Seri Azmin Ali, Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bertempat di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia. Dalam kunjungan tersebut telah diadakan taklimat bersama pegawai Kementerian Kewangan dan disusuli perbincangan berkenaan rangsangan ekonomi tambahan bagi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan perniagaan mikro yang bakal dibentangkan pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan.