MAJLIS PELANCARAN LAPORAN PASARAN HARTA 2019

29 April 2020

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH Malaysia) telah melancarkan Laporan Pasaran Harta 2019 yang disempurnakan oleh YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan. Pelancaran ini dibuat secara atas talian berikutan arahan kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 4) yang telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Laporan Pasaran Harta 2019 ini diterbitkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di bawah JPPH Malaysia pada setiap tahun. Penerbitan Laporan Tahunan Pasaran Harta Tanah ini adalah yang terkini yang melaporkan aktiviti transaksi dan keadaan pasaran harta pada tahun 2019. Laporan ini memberi gambaran mengenai pasaran harta tanah mengikut negeri, daerah dan kawasan yang akan dapat membantu penggubal polisi dan penggiat industri harta tanah serta pembeli membuat keputusan berasaskan maklumat yang tepat daripada data-data yang disediakan. Laporan Pasaran Harta 2019 buat pertama kalinya diterbitkan secara percuma dan boleh dimuat turun di www.jpph.gov.my atau www.napic.gov.my Hadir sama YBrs. Sr Hj. A’zmi Abdul Latif, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang baharu serta pengurusan tertinggi JPPH Malaysia


1 / 4
2 / 4
3 / 4
4 / 4