PERBINCANGAN MENGENAI USAHA PEMULIHAN EKONOMI DAN LANGKAH JANGKA PENDEK BERIKUTAN PELANJUTAN TEMPOH PKP

26 April 2020

Kementerian Kewangan telah menganjurkan perbincangan mengenai usaha pemulihan ekonomi dan langkah jangka pendek berikutan pelanjutan tempoh PKP. Perbincangan tertumpu kepada usaha Kerajaan bagi menjamin keselamatan kehidupan rakyat serta langkah-langkah memastikan kelangsungan ekonomi yang dapat dilaksanakan dengan segera dalam menyesuaikan diri dengan 'norma baharu' kehidupan. Perbincangan tersebut melibatkan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan beserta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Setiausaha MITI, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Gabenor Bank Negara Malaysia, Pengarah Urusan Khazanah, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA dan Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), antara lain. Hasil perbincangan tersebut akan dibentangkan pada 27 April 2020 kepada YAB Perdana Menteri dan Majlis Tindakan Ekonomi untuk panduan dan pertimbangan lanjut.


1 / 4
2 / 4
3 / 4
4 / 4