02 April 2020
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah membuat tinjauan ke Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.
Tinjauan itu bagi memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sepertimana yang saya umumkan pada Jumaat lepas.
Kunjungan beliau disertai bersama YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, YB Dato Seri Azmin Ali, Menteri Kanan - MITI, Tan Sri Ahmad Badri bin Mohd Zahir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dan pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan.
LAKSANA ditubuhkan pada 16 Mac lalu bagi memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020.