MAJLIS KOLABORASI STRATEGIK GERAN PADANAN PENDIGITALAN UNTUK KALANGAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

17 Februari 2020

YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah merasmikan Kolaborasi Strategik antara BSN, Kumpulan SME Bank & MDEC di Cyberview Lodge & Resort, Cyberjaya. Kolaborasi yang melibatkan penyaluran geran padanan pendigitalan bernilai RM500 juta ini bertujuan untuk mempertingkatkan proses pendigitalan di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Penyaluran ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober 2019. Usaha ini dilaksanakan demi mencapai misi Kerajaan untuk mengembangkan ekonomi digital sebagai sebuah enjin pertumbuhan negara. Pengembangan ekonomi digital adalah penting bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti Malaysia semasa ekonomi dunia mengalami Revolusi Industri 4.0. Turut hadir di majlis tersebut, YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tuan Gobind Singh Deo, YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, YB Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Wira Haji Amiruddin Haji Hamzah dan YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli.


1 / 6
2 / 6
3 / 6
4 / 6
5 / 6
6 / 6