MESYUARAT AGONG PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KEWANGAN KALI KE 37

25 Februari 2020

Mesyuarat Agong Puspanita Cawangan Kementerian Kewangan Kali Ke 37 telah diadakan bertempat di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia. Seramai lebih kurang 500 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan dari Sembilan (9) Jabatan dan Agensi iaitu Perbendaharaan, Jabatan Akauntan Negara (JANM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Madam Betty Chew Gek Cheng, Penaung PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan dan Mesyuarat Agung tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Tini Suriani binti Mohd Sharif, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan. Pelbagai jualan menarik telah diadakan pada hari tersebut.


1 / 6
2 / 6
3 / 6
4 / 6
5 / 6
6 / 6