20 Januari 2020
YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah menghadiri Majlis Pelancaran Nirtunai Ekosistem untuk Cyberjaya dengan DuitNow QR (Malaysia National QR) di RekaScape, Cyberjaya.
DuitNow QR adalah sebuah sistem kod QR kebangsaan di bawah Rangka Kerja Pindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) Bank Negara Malaysia (BNM) dan Cyberjaya menjadi bandar pertama di Malaysia mengadaptasi sistem tersebut di bawah seliaan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).
Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengerusi Cyberview Sdn Bhd yang juga YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Pengarah Urusan Cyberview, Mohd Najib Ibrahim, Pengerusi Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).