10 Januari 2020
YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah menyampaikan ucaptama bagi Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Beliau turut merasmikan Laporan Pencapaian bagi tahun 2019 dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Kreativiti dan Inovasi serta Anugerah Integriti dan Personaliti.
Turut sama hadir di majlis tersebut adalah YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri bin Mohd Zahir.