PERBINCANGAN BERSAMA GABUNGAN PERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL MELAYU, INDIAN MUSLIM CHAMBER OF COMMERCE, MAICCI,PENIAGAWATI DAN BEBERAPA PKS YANG LAIN

30 Mac 2020

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan bersama dengan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato' Sri Mustapa Mohamed telah berbincang dengan wakil-wakil dari pelbagai persatuan PKS dan perniagaan mikro termasuk Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, Indian Muslim Chamber of Commerce, Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry (MAICCI), dan Association of Bumiputera Women in Business and Profession (Peniagawati). Pelbagai perkara telah dibangkitkan dan YB Menteri Kewangan telah meminta wakil-wakil PKS untuk terus berkongsi maklum balas lanjut yang dibangkitkan oleh ahli-ahli mereka. Kementerian akan meneliti maklum balas tersebut untuk memperhalusi keberkesanan Pakej PRIHATIN.


1 / 7
2 / 7
3 / 7
4 / 7
5 / 7
6 / 7
7 / 7