19 Mac 2020
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), YBhg. Dato’ Sri Sabin Samitah, di Kompleks Kementerian Kewangan. Seperti biasa, jarak sosial di antara ahli mesyuarat (Social Distancing) telah diamalkan dalam mesyuarat tersebut.
Kementerian ini perlu menyeimbangkan kepentingan pemegang taruh yang pelbagai bagi memastikan sistem percukaian Malaysia dilaksanakan secara adil dan telus untuk pembangunan negara.
Kementerian telah menjalinkan kerjasama erat dengan LHDN untuk menilai kaedah pengukuran dan langkah-langkah seterusnya yang dapat diambil untuk mengurangkan beban pembayar cukai dalam situasi yang semakin mencabar.