F.A.Q

Contact Us

Complaints and Feedback

Site Map

Photos

LADA membawakan usahawan sekitar Langkawi untuk memperkenalkan produk dan kraftangan tempatan kepada delegasi dari negara ASEAN+3

LADA membawakan usahawan sekitar Langkawi untuk memperkenalkan produk dan kraftangan tempatan kepada delegasi dari negara ASEAN+3

Sempena Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 (Trek Kewangan) di Langkawi, Kedah, Kementerian Kewangan Malaysia melalui agensi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) turut membawakan usahawan sekitar Langkawi untuk memperkenalkan produk dan kraftangan tempatan kepada delegasi dari negara ASEAN+3 yang hadir.

Antara produk tempatan yang mendapat perhatian adalah barangan kraftangan berasaskan batik, kraftangan kristal dan mengkuang, minyak kelapa dara asli dan juga rangkaian produk kesihatan berasaskan gamat.

Delegasi turut mengambil peluang ini untuk membawa pulang produk usahawan tempatan sebagai cenderahati selain menjadi kesan berganda kepada promosi produk tempatan Langkawi di rantau ASEAN. 

Photos Archieve

Logo Accessibility