Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Isu ketirisan subsidi diesel perlu kajian teliti - Johan Mahmood

Isu ketirisan subsidi diesel perlu kajian teliti - Johan Mahmood

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Isu ketirisan subsidi diesel hampir RM10 bilion memerlukan kajian yang teliti supaya golongan berpendapatan rendah boleh dilindungi oleh kerajaan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican.

Katanya, subsidi diesel yang turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi juga harus dikaji berikutan ia diberikan kepada semua lapisan masyarakat.

"Sudah tentu, kami melihat kebocoran diesel bersubsidi di tapak pembinaan dan kami perlu mengurangkan kebocoran terutamanya bagi mereka yang tidak sepatutnya mendapat manfaat daripada amalan subsidi," katanya pada sesi panel mengenai 'Sorotan Belanjawan 2023 dan Memperkukuh Pembaharuan Fiskal’ di Invest Malaysia hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 yang disemak semula berkata bahawa wujud ketirisan itu dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel yang dipercayai diseleweng tahun lepas.

Susulan daripada itu, pada 25 Feb, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menubuhkan pasukan bertindak khas yang diketuai Ketua Setiausahanya Datuk Azman Mohd Yusof bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel.

Johan berkata bagi tahun ini, peruntukan telah disediakan oleh kerajaan bagi meneruskan subsidi disebabkan kepekaan kerajaan mengenai kos sara hidup di bawah prinsip MADANI.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility