Visi
Misi
- Mengurus dasar fiskal secara berhemat dan berkesan bagi memastikan kemampanan fiskal Kerajaan untuk jangka masa sederhana dan panjang.
- Mengurus kewangan awam dengan cekap, telus, berintegriti dan efektif untuk mencapai matlamat pembangunan negara.
Objektif
- Memperkukuh kedudukan fiskal dalam jangka masa sederhana dan panjang.
- Memperkasa pengurusan kewangan awam.
- Memastikan keberhasilan inisiatif dan program sektor awam mencapai sasaran.
Fungsi
- Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menguruskan pengagihan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan.
- Menggubal dasar sistem percukaian yang saksama bagi menjana hasil negara.
- Menggubal dasar dan mentadbir urusan berkaitan perolehan Kerajaan.
- Mendapatkan sumber pembiayaan bagi pihak Kerajaan dan memberi pinjaman kepada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta sektor swasta bagi projek-projek penswastaan.
- Memantau syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) serta pengurusan kewangan Badan Berkanun Persekutuan khususnya berkaitan pelaburan, pinjaman dan aliran tunai bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik.
- Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dipatuhi oleh semua kementerian.
- Memberi khidmat nasihat kepada kementerian bagi projek- projek berimpak tinggi yang mempunyai kepentingan negara.
- Menyelaras hubungan kerjasama berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan di peringkat antarabangsa bagi memelihara kepentingan negara.
- Mengendali rayuan cukai pendapatan dan cukai kastam.
- Mengawal selia industri pelaporan kredit secara tepat, adil dan saksama.
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DKKP)
Adalah menjadi tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia untuk menyokong dan melaksanakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DKKP) bagi menjamin kualiti, keselamatan dan kesihatan warga Perbendaharaan Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya secara khususnya.
Pengurusan dan warga Perbendaharaan Malaysia perlu bersama-sama berganding bahu dalam meneruskan usaha mencegah sebarang potensi ketidakpatuhan perkhidmatan bagi mengelakkan kemungkinan berlaku kemalangan di tempat kerja.
Bagi memastikan DKKP sistem Pengurusan Keselamatan dan Keshatan Pekerjaan diwujudkan, dilaksanakan dan diselenggara dengan cemerlang, Perbendaharaan Malaysia komited untuk:
- Menyediakan dan menyelenggara lokasi fizikal serta sistem kerja yang kondusif dan selamat daripada sebarang risiko;
- Memastikan bahawa semua warga Perbendaharaan Malaysia sentiasa jelas dengan apa jua pemakluman dan arahan serta tindakan untuk tujuan pencegahan daripada sebarang risiko kemalangan dan ancaman bahaya di tempat kerja;
- Menyiasat dan melaporkan semua ketidakpatuhan kepada tatacara atau prosedur serta peraturan yang ditetapkan sehingga mengakibatkan insiden seperti penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya yang menjejaskan keselamatan dan kesihatan serta mengancam nyawa warga Perbendaharaan Malaysia dan mengambil langkah proaktif bagi mem astikan insiden seumpamanya tidak berulang lagi;
- Mengenalpasti dan mematuhi kehendak-kehendak pelanggan, perundangan dan keperluan lain seperti yang ditetapkan di bawah peraturan-peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994); dan
- Menyebarluas informasi mengenai Akta-akta, Dasar, Objektif, Prosedur Kerja, Peraturan dan Garis Panduan berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta maklumat yang berkaitan kepada warga Perbendaharaan Malaysia.