- Menyediakan Anggaran Perbelanjaan Tahunan untuk dibentangkan di Parlimen mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
- Menyediakan Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan untuk dibentangkan di Parlimen pada Hari Belanjawan.
- Menyediakan Laporan Tinjauan Ekonomi dan Tinjauan Fiskal serta Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan untuk pembentangan bersama Ucapan Belanjawan di Parlimen dan menyediakan Laporan Ekonomi berkala setiap suku tahunan.
- Memastikan pencapaian prestasi perbelanjaan Mengurus dan Tanggungan serta Pembangunan pada puratanya melebihi paras 85% peruntukan tahunan yang diluluskan di bawah kawalan Perbendaharaan Malaysia.
- Memastikan pendaftaran kontraktor bekalan / perkhidmatan bidang kuasa biasa bagi permohonan baru dan tambah bidang dilulus dalam tempoh 7 hari bekerja, manakala; Permohonan kemaskini profil dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Menguruskan pengeluaran pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan negeri, syarikat, badan berkanun dan badan-badan lain dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh terimaan permohonan pengeluaran.
- Mengeluarkan waran perjawatan dalam tempoh yang ditetapkan dikira daripada tarikh penerimaan perakuan JPA yang lengkap seperti berikut:
- Waran Perjawatan yang melibatkan perubahan 50 butiran atau kurang dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja; dan
- Waran Perjawatan yang melibatkan perubahan lebih daripada 50 butiran dikeluarkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
- Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklumbalas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.