Perspektif Sejarah
- Dalam abad 19 dan 20 di bawah Sistem Residensi, Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah diurus dan ditadbir dengan sistem beraja.
- Setiap negeri mempunyai undang-undang dan kawalan kewangan tersendiri.
- Residen berperanan sebagai Penasihat.
- Urusan mengutip, mengurus dan mengawal sistem kewangan dikendalikan oleh Bendahara.
- Penguasa tempatan, Penghulu dan Ketua Kampung ditugaskan mengutip cukai.
- Semua permohonan Belanjawan akan dihantar kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat oleh Residen untuk persetujuan.
- Laporan Belanjawan dihantar ke Pejabat Crown Colony di India.
- Setelah Pejabat Crown Colony berpindah ke Ibu Pejabat di London pada tahun 1897, semua kunci kira-kira Negeri Bersekutu, dihantar ke London untuk dicetak dan dibentangkan dalam laporan tahunan kewangan di Parlimen Britain.
- Penghujung abad ke 19, Jajahan Melayu memasuki era ekonomi moden.
- Pentadbiran British mula dilihat tidak cekap dan menguntungkan.
- Persetujuan Majlis Persekutuan ditandatangani pada 25 Oktober 1909 membolehkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan ditubuhkan dan diurus tadbir secara berpusat.
- Majlis Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada ahli-ahli lembaga seperti:
- Pesuruhjaya Tinggi British (Presiden Majlis)
- Residen General (Presiden Gantian)
- Empat (4) Raja-raja Melayu dan Penasihat Inggeris
- Empat (4) ahli-ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
- Pesuruhjaya Kewangan pertama ialah Henry George Bagnall Vane yang dilantik pada tahun 1909 sehingga 1915.
Perkembangan Perbendaharaan Malaysia Tahun 1950 – Kini
- Pada tahun 1951, Pekeliling Perbendaharaan 15 Tahun 1951 telah dikeluarkan bagi menggaris penubuhan Perbendaharaan Persekutuan.
- Perbendaharaan Persekutuan ditubuhkan bagi menyelaras pentadbiran kewangan secara berpusat di semua negeri.
- Pekeliling turut menjelaskan peranan dan tanggungjawab Perbendaharaan Persekutuan dan Setiausaha Perbendaharaan yang diberi kuasa mengawal selia dan mengurus kutipan hasil dan perbelanjaan Kerajaan.
- Kini, Pebendaharaan Malaysia menjadi agensi pusat kerajaan yang kekal dengan fungsinya iaitu mengurus dan pembangunan ekonomi negara.
- Mandat dilaksanakan bersama Jabatan Perdana Menteri khususnya Unit Perancang Ekonomi dan lain-lain Kementerian termasuk Bank Negara.
- Hubungan kerjasama ini membantu Kerajaan dalam menstrukturkan ekonomi negara yang sentiasa dipengaruhi oleh kedudukan kewangan antarabangsa.
Mantan
Menteri Kewangan
Mantan