Bantuan

W3C: Capaian Orang Kurang Upaya

Portal Kementerian Kewangan Malaysia menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

A. Pengguna Rabun Silau

Bagi pengguna rabun silau, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan bawah UBar setiap halaman Portal. Pengguna boleh memilih kontra daripada seleksi warna yang diberikan iaitu Gelap (dark), Sederhana (medium) dan Terang (light).

Warna templet halaman Portal Perbendaharaan akan berubah serta merta setelah pilihan dibuat.

B. Pengguna Warga Tua

Bagi pengguna warga tua, Portal Kementerian Kewangan Malaysia ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza w3c.

Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Portal. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

Muat Turun Perisian

Anda memerlukan Perisian di bawah ini untuk membaca teks ucapan, pekeliling dan untuk paparan bagi sesetengah aplikasi di Laman Web ini.
Image

Proses Membuat Aduan

Langkah #1

Membuat aduan secara emel atau bertulis.

Langkah #2

Mengemukakan maklumat penting tentang aduan anda dengan jelas dan terperinci.

Langkah #3

Mengemukakan aduan anda secara teratur dengan memasukkan tarikh-tarikh / nombor rujukan yang berkaitan (sekiranya ada).

Langkah #4

Memberi nama, alamat, nombor telefon dan alamat emel di mana anda boleh dihubungi dengan mudah.

Langkah #5

Menyertakan salinan dokumen yang berkaitan (sekiranya ada).

Langkah #6

Menghantar aduan melalui saluran di bawah dan menyimpan salinan surat aduan untuk rujukan anda.

Saluran Aduan

Melalui Integrated System Pemantauan Aduan Agensi Awam (i-SPAAA) yang boleh diakses di muka utama laman web Perbendaharaan atau melalui alamat URL: treasury.spab.gov.my

Hantarkan surat kepada alamat di bawah:

Ketua Komunikasi Korporat

Unit Komunikasi Korporat Aras 2
Perbendaharaan 2 Kompleks Kementerian Kewangan
No.7 Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592, PUTRAJAYA

03-8890 6400 / 03-8882 3000 / 03-8882 3200
03-8890 6515 / 03-8890 6519

Logo Accessibility