Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Malaysia, Maldives Meterai PPPDK Untuk Permudahkan Lagi Perdagangan, Pelaburan

Malaysia, Maldives Meterai PPPDK Untuk Permudahkan Lagi Perdagangan, Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali Mengenai Cukai Atas Pendapatan Dan Pencegahan Pelarian Dan Pengelakan Cukai (PPPDK) antara Malaysia dan Maldives dijangka memudahkan lagi perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara yang mencatatkan aliran meningkat pada 2022.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Maldives berjumlah US$227 juta (RM1.01 bilion) pada 2022, peningkatan 100.2 peratus dar

“Melihat kepada aliran positif ini, kita percaya perdagangan dua hala akan terus berkembang memandangkan ekonomi Maldives ketika ini berada di landasan pemulihan penuh.

“Bagi pelaburan pula, Malaysia juga mengalu-alukan syarikat Maldives untuk meraih manfaat daripada penerokaan pelaburan dalam bidang seperti pembuatan makanan dan produk barangan laris,” katanya semasa majlis permeteraian PPPDK di Parlimen hari ini.

PPPDK itu dimeterai bersama oleh Ahmad Maslan, sebagai mewakili kerajaan Malaysia dengan Menteri Kewangan Maldives Ibrahim Ameer.

Perjanjian itu bertujuan untuk mengelakkan pencukaian dua kali yang terbit daripada pendapatan yang sama di Malaysia dan Maldives, sekali gus memberikan kepastian cukai kepada pembayar cukai kedua-dua negara.

Ia juga meliputi hak penentuan mengenakan cukai dan pengurangan kadar cukai pegangan ke atas pendapatan tertentu seperti dividen, faedah, royalti dan fi bagi perkhidmatan teknikal berasaskan timbal balas bagi aktiviti ekonomi rentas sempadan.

“Dengan perjanjian ini, penduduk kedua-dua negara akan dapat menikmati pengelakan dan penghapusan cukai dua kali daripada pendapatan yang sama,” katanya sambil menambah perjanjian itu akan berkuat kuasa sejurus selepas prosedur ratifikasi oleh kedua-dua pihak selesai.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai 74 PPPDK yang dikuatkuasakan, yang memudahkan pertukaran maklumat mengikut permintaan, kata Ahmad Maslan.

Sementara itu, memandangkan Malaysia dan Maldives adalah anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), beliau berkata Malaysia percaya hubungan itu dapat membantu kedua-dua negara dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala melalui pelaksanaan Sistem Keutamaan Perdagangan Pertubuhan Kerjasama Islam (TPS-OIC).

“Kami percaya TPS-OIC akan berfungsi sebagai asas kukuh untuk kerjasama ekonomi yang lebih rancak dan bermakna dalam kalangan anggota OIC,” katanya.

Ahmad Maslan berkata Maldives dan Malaysia telah memulakan hubungan diplomatik sejak September 1968 dalam bidang pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan bantuan teknikal pembangunan modal insan.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility