Semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 melanda, antara yang paling terkesan sudah tentu para usahawan atau Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Melalui Bajet 2022 juga, Kerajaan terus memberikan penekanan dalam menyokong PMKS melalui Program Semarak Niaga dengan peruntukan RM40 bilion. Ini termasuk penyediaan peruntukan bagi skim jaminan kepada PMKS, bagi membantu PMKS untuk mendapat kemudahan pembiayaan, terutamanya perusahaan tanpa/tidak mencukupi cagaran atau tiada rekod prestasi kewangan.

Sokongan daripada Kerajaan ini dilaksanakan melalui kerjasama padu dari agensi seperti CGC, SJPP, serta bank-bank tempatan. Ini telah membolehkan semua PMKS, termasuk mereka yang tidak mencukupi cagaran atau tiada rekod prestasi kewangan, untuk mendapat sokongan pembiayaan yang holistik dan pada kadar yang kompetitif. ⠀ ⠀

Usaha sama sebegini telah membolehkan PMKS terus berdaya tahan untuk bangkit semula dan menyumbang kepada usaha pemulihan senegara, yang telah mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 8.9 peratus bagi Suku Kedua 2022. Usaha sama memperkasakan PMKS ini akan diteruskan melalui Bajet 2023 bagi memastikan mereka terus berdaya tahan dan berkembang.

Untuk mengetahui bagaimana SemarakNiaga semarakkan perniagaan PMKS ini, boleh layari YouTube MOF: ⠀ ⠀
https://youtube.com/c/MOFMalaysia19
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan untuk menyempurnakan perjanjian di antara CGC, SJPP dan CIMB Bank yang telah mengumumkan komitmen berterusan dalam menyokong PMKS melalui pembiayaan sebanyak RM30 bilion sehingga 2024. Sebahagian komitmen tersebut akan dijamin oleh SJPP dan CGC, seperti Program Pembiayaan CIMB-CGC, Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) dan Skim Jaminan Kerajaan PEMULIH (PGGS).

Bajet 2023 juga akan memberi tumpuan dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif, mencapai ketahanan dan daya saing yang tinggi melalui penerapan teknologi yang inovatif, serta menaik taraf pembangunan modal insan dan tenaga kerja golongan PMKS negara ini.