Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Bahagian Pengurusan Aset Awam (PAM)

Visi

Peneraju unggul pengurusan aset awam Negara.

Misi

Merancang, memantau dan memastikan pematuhan dasar pengurusan aset, wang
awam dan kemudahan kenderaan Kerajaan dilaksanakan dengan cekap serta berkesan.

Objektif

  1. Memastikan dasar dan peraturan berkaitan pengurusan aset dan wang awam sentiasa relevan.
  2. Memastikan pengurusan aset dan wang awam dilaksanakan dengan berhemat dan teratur.
  3. Memastikan monetisasi aset tanah Kerajaan Persekutuan dilaksanakan secara outright sale bagi menjana hasil tambahan kepada Negara.
  4. Memastikan aktiviti perjudian berlesen dijalankan dengan terkawal dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  5. Memastikan pengurusan kemudahan Kenderaan Rasmi Jawatan dan Kenderaan Jabatan dilaksanakan secara cekap dan sistematik.

Fungsi

  1. Perancangan dan pengurusan dasar aset Kerajaan.
  2. Perancangan dan pelaksanaan monetisasi aset tanah, bangunan dan fasiliti Kerajaan Persekutuan secara outright.
  3. Penyediaan dasar, kawalan dan seliaan pengurusan wang awam berkaitan akaun amanah, hapus kira, pendahuluan diri dan pelbagai, pampasan, pulangan balik hasil, penentuan kadar perbelanjaan bukan penjawat awam dan aktiviti gaming berlesen.
  4. Pengurusan Kenderaan Rasmi Jawatan dan Jabatan Kerajaan.
Logo Accessibility