Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC)

Visi

Menjadi pengurus pelaburan strategik Kerajaan yang cemerlang bagi mewujudkan nilai yang mampan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi nasional melangkaui tahun 2020.

Misi

Memaksimumkan impak pelaburan Kerajaan dalam syarikat Kerajaan dari segi pembangunan ekonomi dan peningkatan kualiti kehidupan rakyat.

Objektif

Memastikan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] menjalankan aktiviti selaras dengan objektif penubuhan syarikat.

Fungsi

  1. Menggubal dasar domestik dan antarabangsa berkaitan syarikat milik Kerajaan.
  2. Melaksanakan dan menyelaras urusan korporat yang berkaitan dengan kepentingan MKD sebagai pemegang saham dalam syarikat.
  3. Melaksanakan analisis dan pemantauan ke atas prestasi kewangan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan portfolio pelaburan MKD.
  4. Mengendalikan urusan pelaburan MKD.
  5. Mengkaji, merangka dan melaksanakan penstrukturan korporat syarikat MKD termasuk penstrukturan semula kewangan, pelupusan, penggabungan, pengambilalihan dan rasionalisasi.
  6. Memantau dan memastikan amalan tadbir urus syarikat MKD adalah teratur.

Maklumat Perhubungan

Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan
Kementerian Kewangan
Aras 5, Blok Selatan
Kompleks Kementerian Kewangan
Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

Telefon: 03-8882 3719
Faks 03-8882 3870
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Punca Kuasa dan Peraturan

Akta Penubuhan

Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 (pindaan 1989) [Akta 375] memberi kuasa kepada Menteri Kewangan Diperbadankan untuk memasuki kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih daripada setiap perihalan, dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik dan memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau berurusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada [MKD] atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan wajar oleh [MKD].

Akta Lain Berkaitan, Peraturan dan Garis Panduan

Bil.

Punca Kuasa dan Peraturan

1.

Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]

2.

Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan Akta Syarikat (Pindaan) 2024

3.

Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2021

4.

Garis Panduan Tadbir Urus dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] 2024. FAQ

5.

Perlembagaan Syarikat - berbeza mengikut syarikat

6.

Pekeliling Perbendaharaan - Bumiputera-Controlled Public Listed Companies

Logo Accessibility