Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Visi

Penyampaian aspirasi Kerajaan melalui komunikasi strategik dan perhubungan yang profesional serta dinamik.

Misi

Mengekalkan dan mengukuhkan imej korporat Kementerian melalui pendekatan komunikasi dan perhubungan awam yang strategik.

Objektif

  • Menguruskan perancangan dan pelaksanaan promosi serta publisiti melalui strategi komunikasi yang komprehensif.

  • Menyebarluaskan maklumat mengenai program/inisiatif Kementerian kepada kumpulan sasar melalui kaedah dan medium yang strategik.

  • Mengekalkan hubungan baik dan imej korporat Kementerian dengan pihak awam serta media.

  • Memastikan maklum balas aduan/cadangan pelanggan mengenai perkhidmatan Kementerian diselaraskan dan ditangani secara berkesan.

Fungsi

  • Memasarkan maklumat program/inisiatif Kementerian melalui hebahan di pelbagai platform komunikasi yang bersesuaian.

  • Menguruskan program komunikasi dan hubungan korporat melalui pemantauan media/isu harian, penyediaan pelan komunikasi dan penyelarasan program lawatan ke Perbendaharaan.

  • Pengurusan media dan menyelaras hebahan program/aktiviti Kementerian.

  • Pengurusan aduan awam dan khidmat pelanggan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan (JKTPA), Kajian Kepuasan Pelanggan dan Penyelarasan Piagam Pelanggan.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal/akuan penerimaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

  • Menyelaras kandungan hebahan dan memantau pertanyaan/aduan di media sosial setiap hari.

Soalan Lazim

Untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan perkhidmatan Kementerian Kewangan, sila ke: https://treasury.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/publicLogin.do

Untuk memberikan sebarang cadangan, sila ke: https://www.mof.gov.my/portal/ms/hubungi/suara-anda
Logo Accessibility