Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Bajet 2023: MoF pelawa maklum balas awam mengenai penerapan prinsip ESG dalam GLIC, MKD

Bajet 2023: MoF pelawa maklum balas awam mengenai penerapan prinsip ESG dalam GLIC, MKD

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) – Kementerian Kewangan (MOF) telah menerbitkan satu lagi Kertas Konsultasi Awam (KKA) untuk Bajet 2023 bertajuk “Penerapan Prinsip Alam Sekitar, Sosial Dan Tadbir Urus (ESG) Dalam Pelaburan Oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) Dan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“KKA tersebut bertujuan mengumpul cadangan berlandaskan prinsip ESG bagi meningkatkan daya saing GLIC dan MKD, yang bakal menyumbang kepada agenda pembangunan mampan negara,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia menambah maklum balas berkenaan KKA boleh dikongsi sebelum atau pada 23 Ogos 2022.

Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa KKA adalah sebahagian daripada usaha keseluruhan kementerian itu untuk menjadikan proses penyediaan bajet tahunan lebih telus dan inklusif.

“Ia juga memberi peluang kepada semua pihak untuk menyumbang kepada usaha merangka sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat, selaras dengan dasar pembangunan sosioekonomi negara,” tambahnya.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility