Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Belanjawan 2024: 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi Akan Dilaksana - PM ANWAR

Belanjawan 2024: 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi Akan Dilaksana - PM ANWAR

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sejumlah 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan melibatkan kos RM11.8 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata projek terlibat termasuk Rancangan Tebatan Banjir di Lembangan Sungai Pahang, Pahang, Sungai Langat Fasa 2 (Selangor), Sungai Jelai, Kuala Pilah (Negeri Sembilan) dan Sungai Likas, Kota Kinabalu (Sabah).

“Selain itu, Kuching Fasa 2 (Sarawak), Baling Fasa 2 (Kedah) dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sungai Kelantan Fasa 2 (Kelantan),” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Parlimen hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Surat Setuju Terima (SST) bagi 24 projek dijangka dikeluarkan tahun ini bermula Oktober tahun ini melibatkan kos keseluruhan RM5.1 bilion manakala bakinya akan dikeluarkan SST pada suku tahun pertama 2024.

Sementara itu, bagi mengurangkan risiko air bertakung dan banjir kilat, beliau berkata kerajaan menyediakan sebanyak RM20 juta kepada 150 pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan parit dan longkang yang rosak.

Selain itu, bagi mengekang tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku di Batang Kali, Selangor akhir tahun lepas, kerajaan menyediakan RM563 juta bagi pembaikan cerun seluruh negara termasuk untuk program pemantauan, pencegahan dan pelaporan serta amaran awal melibatkan lebih 2,000 cerun yang berisiko tinggi, kata beliau.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility