Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Dana Amanah MySDG bersandarkan semangat Keluarga Malaysia

Dana Amanah MySDG bersandarkan semangat Keluarga Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Jan -- Dana Amanah Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (Dana Amanah MySDG) yang dilancarkan pada Khamis merupakan mekanisme pelbagai penyumbang yang membolehkan pembabitan pihak yang berbeza bersandarkan semangat Keluarga Malaysia.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, pihak berkenaan termasuk kerajaan, sektor swasta, badan korporat, agensi dari dalam dan luar negara serta individu akan turut bekerjasama untuk mencapai matlamat SDG, selaras dengan semangat bersepadu dan pendekatan senegara Keluarga Malaysia.

Dalam jangka masa terdekat, dana itu akan menumpukan pembiayaan program untuk membina semula secara terbaik susulan kesan pandemik COVID-19, serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti, jelas kedua-dua pihak.

“Seterusnya, skop program dan projek di bawah dana ini akan diperluas untuk projek-projek berteraskan SDG yang lain. Objektif kesemua usaha ini akan dapat membantu usaha kerajaan dalam memulihkan ekonomi dan melestarikan kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan bersama itu.

Semasa melancarkan dana tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Dana Amanah MySDG merupakan koloborasi antara kerajaan dan PBB di Malaysia yang menyediakan sebuah platform bagi menghimpunkan pelbagai sumbangan untuk menyokong Agenda Pembangunan Mampan 2030 (Agenda 2030).

“Matlamatnya antara lain bertujuan membasmikan semua kategori kemiskinan, memerangi ketaksamaan, mewujudkan keamanan, menangani masalah alam sekitar dan memastikan tiada siapa pun dalam Keluarga Malaysia terpinggir daripada arus pembangunan,” katanya.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility