Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Dana Pinjaman Rm8 Bilion Bagi Sokong Syarikat PKS - PM Anwar

Dana Pinjaman Rm8 Bilion Bagi Sokong Syarikat PKS - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Dana pinjaman berjumlah RM8 billion disediakan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyokong syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, RM600 juta khusus untuk membantu perusahaan mikro dan usahawan berpendapatan rendah, kontraktor kecil, penerapan amalan kelestarian dan sektor berkaitan kerterjaminan makanan.

“Bagi 2024, RM600 juta disediakan di bawah Dana Impak Khazanah Nasional dengan keutamaan untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi lebih banyak peluang kepada komuniti desa, separa bandar dan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility