Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Dewan Rakyat lulus usul Menteri Kewangan (Diperbadankan) tukar baki pinjaman Uda Holdings

Dewan Rakyat lulus usul Menteri Kewangan (Diperbadankan) tukar baki pinjaman Uda Holdings

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) – Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul kerajaan melalui Kementerian Kewangan (Diperbadankan) untuk membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman kerajaan dalam UDA Holdings Bhd kepada ekuiti (modal saham).

Usul berkenaan dibawa oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan dan diluluskan tanpa bahas.

UDA Holdings adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Ahmad berkata usul tersebut melibatkan baki pinjaman kerajaan sebanyak RM165.28 juta untuk ditukar kepada unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham dalam UDA Holdings.

“Tujuan pinjaman ini ditukarkan kepada ekuiti adalah untuk mengurangkan beban kewangan UDA Holdings memandangkan sumber kewangan syarikat tersebut telah terhad iaitu melalui dana sedia ada yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi syarikat dan melaksanakan projek-projek pembangunan,” katanya.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility