Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi Kementerian Kewangan Malaysia

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi Kementerian Kewangan Malaysia

Delegasi berkenaan terdiri daripada Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Zakiah Jaafar; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datin Rashidah Mohd Sies; Pengarah Belanjawan Negara Datuk Johan Mahmood Merican; dan Pengarah Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Datuk Shahrul Nazri Abdul Rahim.

Turut hadir, Menteri Kewangan II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Datuk Rusdin Riman.

Gambar menunjukkan Hajiji (dua kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Zafrul (dua kiri) sempena kunjungan hormat itu. Turut kelihatan Masidi (kanan) dan Yamani (kiri).


KUNJUNGAN HORMAT: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility