Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 1 Nov

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 1 Nov

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 26 hingga 1 Nov.

Kementerian Kewangan (MOV) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berasaskan kepada harga mingguan produk petrolium mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut MOF.

Menurut kenyataan itu kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility