Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 19 Julai

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 19 Julai

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula esok hingga 19 Julai, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal dengan harga RM3.37 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel sebanyak RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut MOF.

Kementerian itu memberitahu kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility