Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 31 Julai

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 31 Julai

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 25 hingga 31 Julai ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

Kenyataan itu menyebut kadar berkenaan ditetapkan berdasarkan harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility