Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) – Harga runcit diesel, petrol RON 95 dan RON97 tidak berubah sehingga 7 Sept ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak dunia, harga siling bagi RON95, RON 97 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter, RM4.30 seliter dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar produk meningkat melebihi harga siling semasa.

Menurutnya harga baharu itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility