Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Harga RON97 dan RON95 Kekal, Diesel di Semenanjung Turun Tiga Sen

Harga RON97 dan RON95 Kekal, Diesel di Semenanjung Turun Tiga Sen

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) – Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada  RM3.28 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung turun tiga sen kepada RM3.03 sen seliter, bermula esok hingga 26 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. 

Menurut kenyataan itu, penetapan harga tersebut berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan fromula Mekanisme Harga Automatik.

MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel berasaskan pasaran minyak global, sambil menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan juga akan terus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut kenyataan itu. 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility