Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Harga RON97, RON95 dan diesel tidak berubah

Harga RON97, RON95 dan diesel tidak berubah

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Harga jualan petrol RON97, RON95 dan diesel kekal tidak berubah dengan masing-masing pada RM3.12, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 3 hingga 9 Feb.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada RM2.05 dan diesel pada RM2.15 seliter meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan akan terus memantau trend perubahan minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility