Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Harga Runcit Diesel Di Semenanjung Naik 4 Sen, Petrol RON97 Dan RON95 Kekal

Harga Runcit Diesel Di Semenanjung Naik 4 Sen, Petrol RON97 Dan RON95 Kekal

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Harga runcit diesel diSemenanjung Malaysia meningkat sebanyak empat sen kepadaRM2.92 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak danLabuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 29 Jan hingga 4 Febini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini turu tmemaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh sama.

Sementara itu, harga petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 turut dikekalkan pada RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility