CYBERJAYA, 1 Nov (Bernama) – Semangat inovasi dan integriti dalam kalangan Team HASiL terus diperkasa bagi menyemarakkan sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2023 (HII 2023) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). Sambutan HII 2023 ini telah berlangsung di Dewan Bangsawan, Menara HASiL Cyberjaya dan turut disiarkan secara webinar menerusi aplikasi zoom.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, barisan Anggota Lembaga dan barisan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.