Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Kementerian Kewangan terus laksana Hari Bertemu Pelanggan

Kementerian Kewangan terus laksana Hari Bertemu Pelanggan

PERMATANG PAUH, 27 Julai  Kementerian Kewangan terus melaksanakan program Hari Bertemu Pelanggan ePerolehan bagi Zon Utara di Pulau Pinang.

Program itu untuk memudahkan pendaftaran sebagai pembekal ePerolehan.

Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Permatang Pauh menjadi lokasi ke-10 bagi penganjuran program itu.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata, ia bagi memudahkan pembekal sekiranya mempunyai masalah berkaitan serta dapat membuat pendaftaran sebagai pembekal ePerolehan dan boleh diselesaikan terus sekiranya semua permohonan adalah lengkap.

"Setakat ini kita mempunyai kira-kira 150,000 pembekal berdaftar bawah Sistem ePerolehan ini. Mereka perlu berdaftar bagi yang ingin memasuki tender sistem ePerolehan.

"Setiap hari kita terima kira-kira 450 permohonan pembekal dan kita ada kelulusan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) atau sebarang jawapan akan diberi dalam masa tujuh hari masa paling maksimum. Tetapi selalunya akan lebih cepat," katanya kepada RTM.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility