Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Kerajaan Peruntuk RM100 Juta Kepada MYCIF Bagi Tempoh 3 Tahun

Kerajaan Peruntuk RM100 Juta Kepada MYCIF Bagi Tempoh 3 Tahun

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta kepada Malaysia Coinvestment Fund (MyCIF) bagi tempoh tiga tahun untuk melengkapi kerjasama dengan inisiatif keterjaminan makanan dan alam sekitar serta masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama juga akan melibatkan Majlis Agama Islam Negeri untuk membuka peluang pembangunan aset wakaf bagi tujuan kesihatan, pendidikan dan perusahaan asas tani.

“Galakan cukai kepada pelabur individu yang melabur dalam syarikat pemula melalui platform pendanaan awam ekuiti (ECF) akan turut diperluas kepada pelabur individu melalui syarikat nomini Perkongsian Liabiliti Terhad serta dilanjutkan sehingga 31 Disember, 2026.

“Ia bagi menggalakkan pendanaan modal dalam syarikat pemula teknologi,” katanya dalam ucapan di pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility