Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Kerajaan Sedia 10 Peratus Peruntukan Daripada Jumlah Pelaburan NIMP 2030

Kerajaan Sedia 10 Peratus Peruntukan Daripada Jumlah Pelaburan NIMP 2030

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah pelaburan Pelan Induk Perindustiran Baharu (NIMP) 2030 sebagai pemangkin untuk memacu misi NIMP dengan dana permulaan 2024 sebanyak RM200 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata NIMP menyasarkan jumlah pelaburan keseluruhan sehingga RM95 bilion di samping melibatkan 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan.

“Kerangka Ekonomi MADANI adalah untuk memeta nama Malaysia sebagai jaguh ekonomi serantau.

“Bagi menggapai hasrat tersebut, struktur ekonomi perlu dirombak dan disusun semula supaya potyensi yang ada dapat dikembangkan,” katanya di dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility