Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Kerajaan Tingkat Kawalan Perbelanjaan Tidak Kritikal Bagi Lindungi Rakyat, Ekonomi -- MOF

Kerajaan Tingkat Kawalan Perbelanjaan Tidak Kritikal Bagi Lindungi Rakyat, Ekonomi -- MOF

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengesahkan panduan telah dikeluarkan kepada kementerian-kementerian serta agensi untuk menyusun semula keutamaan bagi perbelanjaan mengurus.

Dalam kenyataannya, MoF memaklumkan ini selaras dengan cabaran krisis bekalan global dan tanggungan subsidi yang meningkat.

Bagaimanapun, kementerian itu menegaskan bahawa pelarasan perbelanjaan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan pengurusan fiskal yang berhemat bagi mengoptimumkan sumber kerajaan supaya dapat mengekalkan sokongan kepada rakyat secara berterusan,” menurutnya.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility