Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Kerjasama dengan ADNOC tingkatkan prestasi PETRONAS – Tengku Zafrul

Kerjasama dengan ADNOC tingkatkan prestasi PETRONAS – Tengku Zafrul

KERJASAMA dengan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan gas asli cecair (LNG), minyak asas pelincir dan pembangunan sumber yang konvensional dan bukan konvensional diyakini dapat meningkatkan prestasi PETRONAS ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyuarakan keyakinan itu selepas melawat ibu pejabat ADNOC di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.

“Untuk makluman semua, PETRONAS telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan ADNOC tahun lepas untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), bunkering gas asli cecair, atau LNG, minyak asas pelincir dan pembangunan sumber yang konvensional dan bukan konvensional.

“Saya yakin kerjasama ini akan dapat meningkatkan prestasi PETRONAS yang telah sedia cemerlang ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi gambar lawatan kerja rasminya ke UAE dalam hantaran itu.

Menurutnya, pada hari pertama lawatan kerja rasminya itu, beliau telah melawat ibu pejabat ADNOC, yang merupakan salah satu syarikat pengeluar tenaga yang terkemuka di dunia.

“Di sana, saya tertarik melihat bagaimana pengeluaran mereka dipantau untuk memastikan kecekapan yang optimum. teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) telah digunakan merentasi pelbagai fungsi syarikat tersebut bagi mengurangkan kos dan pembaziran.

“Semasa sesi penerangan oleh Abdulmunim Al Kindi, salah seorang pengarah di ADNOC, beliau telah menekankan kepentingan amalan pembaziran sifar di ADNOC, sebagai contoh, pelepasan suar dan karbon dioksida yang dihasilkan akan dikitar semula dan diguna dalam industri lain,” katanya. – Malaysiapost

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility