Pilih bahasa anda
PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Kenaikan harga minyak di Malaysia susulan konflik Asia Barat bukan berpunca daripada kekurangan bekalan semata-mata sebaliknya turut didorong oleh premium risiko dan kos logistik yang melonjak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata walaupun laluan utama bekalan bahan api itu masih berfungsi dan penghantaran minyak ke negara ini tidak terhenti, kos sebenar meningkat ketara akibat faktor insurans dan pengangkutan.
“Kos minyak yang lama diambil sebelum perang tersangkut di (Selat) Hormuz dan sekarang beralih ke Pengerang, itu kosnya meningkat.
“Oleh kerana kos insurans itu sudah melepasi 100 peratus, kos pengangkutan sendiri, caj penghantaran juga bertambah.
“Maknanya minyak yang asalnya itu sepatutnya rendah (kosnya) untuk diproses di Pengerang, (kini) sudah meningkat kosnya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.