Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Pengaktifan Mesin ATM Di DUN Nenggiri Disegerakan - MoF

Pengaktifan Mesin ATM Di DUN Nenggiri Disegerakan - MoF

GUA MUSANG, 10 Ogos (Bernama) -- Pengaktifan perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, di sini, akan dipercepatkan untuk memenuhi keperluan penduduk setempat dan akan diperluas bagi memastikan semua rakyat dapat menerima kemudahan asas itu.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan pihak kementerian mengambil maklum laporan yang diterima mengenai kesukaran penduduk di DUN Nenggiri untuk mengakses mesin ATM, yang memaksa mereka melakukan perjalanan sejauh 50 kilometer untuk ke Gua Musang.

“Kementerian Kewangan telah selesai mengadakan perbincangan dengan beberapa bank tempatan dalam usaha menyediakan perkhidmatan mesin ATM di DUN Nenggiri dan ia mendapat respons positif,” menurut kementerian itu.

Dalam pada itu, MOF memaklumkan pihaknya akan mengadakan sesi libat urus dengan bank-bank tempatan secara berterusan bagi mengenal pasti penambahbaikan, khususnya dalam memastikan akses kepada perkhidmatan ATM dapat diperluaskan.

Menurut kementerian itu, orang ramai yang menghadapi kesukaran mendapatkan akses mesin ATM di kawasan mereka boleh menghubungi MOF melalui Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian 03-8000 8000.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility