Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Peruntukan Rm400 Juta Selenggara Rumah Keluarga ATM - PM Anwar

Peruntukan Rm400 Juta Selenggara Rumah Keluarga ATM - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan RM400 juta untuk menyelenggara dan membaik pulih semua Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini, berkata RM20 juta turut disediakan untuk menaik taraf sistem pembentungan Kem Tentera Darat secara berfasa.

“Selain itu, kerajaan akan terus menggiatkan inisiatif PROTEGE-RTW yang merupakan penempatan latihan pekerjaan dengan kerjasama syarikat penerima kontrak kerajaan dan meluaskan skop kepada golongan veteran ATM di bawah kontrak yang dimeterai oleh Kementerian Pertahanan.

“Bagi melindungi kebajikan dan pembangunan sosioekonomi anggota veteran, setiap program kerajaan akan mempunyai kuota khusus untuk veteran seperti program keusahawanan, latihan, pekerjaan dan kemudahan pembiayaan,” katanya.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility