Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Bajet 2023

Bajet 2023: Rakyat Dijemput Memberi Maklumbalas Berkaitan Program Subsidi Bersasar

Bajet 2023: Rakyat Dijemput Memberi Maklumbalas Berkaitan Program Subsidi Bersasar

Kementerian Kewangan (MOF) telah menerbitkan Tinjauan Umum berkaitan Program Subsidi Bersasar. Maklumbalas yang diterima melalui Tinjauan Umum ini akan dijadikan sebagai input kepada Kerajaan semasa merangka Program Subsidi Bersasar dalam memastikan subsidi yang disediakan Kerajaan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada kumpulan sasar. Semua pihak dijemput untuk memberi maklumbalas kepada Tinjauan Umum ini yang boleh dimuat turun melalui laman web https://budget.mof.gov.my/bajet2023/kertaskonsultasi/

Tinjauan Umum ini juga merupakan pendekatan baharu MOF di dalam siri penerbitan Kertas Konsultasi Awam (KKA) dalam usaha untuk menjadikan proses penyediaan Bajet tahunan lebih telus dan penglibatan semua pihak secara menyeluruh. Kerajaan yakin penerbitan KKA akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing bagi membolehkan Kerajaan merangka sebuah bajet tahunan yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar pembangunan sosio-ekonomi negara.

MOF mengalu-alukan maklumbalas bagi Tinjauan Umum ini dilengkapkan dan dikemukakan sebelum atau pada 30 Ogos 2022. 


Kementerian Kewangan
Putrajaya
15 Ogos 2022

 

Arkib Bajet 2023

Logo Accessibility