Kementerian Kewangan (MOF) telah menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB) sebagai persediaan untuk Bajet 2023 yang akan memberi keutamaan kepada memperkukuh momentum pemulihan ekonomi semasa dan meneruskan pembaharuan bagi meningkatkan daya tahan sosioekonomi.
MOF juga akan mula melaksanakan sesi libat urus dan konsultasi dengan pihak berkepentingan bagi memastikan Bajet 2023 yang komprehensif dan holistik. Sekurang- kurangnya 400 agensi, NGO dan pertubuhan masyarakat sivil akan dijemput untuk mengemukakan input dan memorandum Bajet 2023 secara dalam talian melalui portal rasmi https://budgetmemorandum.treasury.gov.my mulai 5.00 petang, 3 Jun 2022 sehingga 5.00 petang, 24 Jun 2022.
KPB ini merupakan penerbitan kedua dalam sejarah MOF selari dengan amalan terbaik global dalam menggalakkan wacana awam mengenai bajet negara serta meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam proses penyediaan bajet. KPB pada tahun ini mengetengahkan tiga aspek utama yang merangkumi pemulihan, pembaharuan dan daya tahan ekonomi negara iaitu:
KPB juga memberi tumpuan kepada tiga bidang khusus dalam Bajet 2023:
Sebagai pemboleh daya penting dalam memacu pembangunan negara, Bajet 2023 juga akan memberi tumpuan kepada meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dan memudah cara urusan menjalankan perniagaan. Berdasarkan prinsip Keluarga Malaysia, Kerajaan juga akan bekerjasama dengan sektor swasta, NGO dan masyarakat sivil dalam merangka inisiatif bajet yang khusus. Dengan berpandukan KPB, MOF ingin menjemput orang ramai dan pihak berkepentingan untuk menyumbang input dan cadangan selaras dengan prospek, cabaran dan keutamaan negara melalui portal rasmi MOF bagi penyediaan Bajet 2023.
Sementara itu, di dalam usaha penambahbaikan bagi Bajet 2023, semua pihak berkepentingan juga dijemput untuk berkongsi maklumbalas mengenai langkah-langkah Bajet 2022 melalui portal-portal berikut:
https://budget.mof.gov.my/ms/kajiselidik/rakyat/
https://budget.mof.gov.my/ms/kajiselidik/perniagaan/
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz
Menteri Kewangan
3 Jun 2022
Lampiran: Kenyataan Pra-Bajet 2023