YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah menghadiri Anugerah Islamic Distinguished Entrepreneur Award 2023 yang diadakan di St. Regis Hotel, Kuala Lumpur.
Dalam majlis tersebut, beliau berkesempatan menyampaikan anugerah kepada seramai 40 orang penerima daripada pelbagai industri perniagaan.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada para penerima anugerah yang merupakan anjuran Dewan Perniagaan, Muslim Insiders.